Thursday, September 11, 2008


Hari ini dan semalam…

Sayang…
Menjadi seseorang yang sempurna…
Amat payah bagi insan biasa sepertiku…
menyayangimu… akan ku lakukan sepenuh hatiku…
mengasihimu…. Dengan sepenuh jiwaku…
menyakitimu… tidak sekali….
Kerana itu..
Percayalah padaku…
Bantulah aku….
Menjadi yang terbaik…
Biarpun bukan yang sempurna…
Kerana aku…
Hanya INSAN BIASA….

Sayang…
Di taman tinta ini…
Ingin ku lukiskan buatmu….
Rasa hatiku…
yang menyayangimu…
Setiap masa dan ketika…
Moga harapanku padamu…
Sentiasa bersamamu…
Jua doaku padamu…
Mengiringimu setiap masa….

Sayang….
Bersamamu..
Membuatkan resah ku hilang…
letihku ku lupus…
Hanya dengan senyuman yang kau ukirkan…
Walaupun dari sekeping gambar usang…
Yang sudah bertahun…
Dalam simpananku……
Tidak secantik siti nurhaliza…
Semanis erra fazira…
Namun masih mampu…
Menyinari hari...
Mereka yang berada di sampingmu…
Cukup hanya dengan senyumanmu…
Tanpa perlu melentokkan tubuhmu…
Tanpa perlu melagukan suaramu…
Kerana permata yang terlindung…
Lebih berharga…
Dari permata yang terdedah….
Sayang…
Jauh di sudut hatiku…
Terdetik… apakah mungkin kau jua sepertiku…
Ketawa bila bersama…
Rindu bila berjauhan….
Menangis bila terpisah….
Kerana antara kita wujud satu tembok….
Kau disana…
Dan aku disini….
Entah bila…
Mampu ku pecahkan tembok itu…
Dan bawa dirimu….
Bersamaku…..
Terlalu seksa ku rasakan…
Mengejar cita-cita dan cinta pada satu masa…
Selalu terkeliru antara cita-cita dan cinta…
Yang mana harus di dahulukan…
Cita atau cinta….namun…
Katamu….
Cinta akan datang bila cita-cita sudah di genggaman…
Bila cinta sudah di puncak…
Cinta jua akan turut bersama cita…

Sayang…
Lewat tengah malam..
Jejariku masih lagi pantas melakar ayat-ayat cinta buatmu…
Biarpun… malam semakin menghilang…
dan suasana semakin sunyi..
tapi hatiku tak pernah sunyi….
Kerana ada dirimu dan diriNya menemani aku…
Menemani malamku…
Terkadang aku berfikir sendirian…
Wajarkah semua pengorbanan yang aku lakukan?
Hanya kerana sayang aku padamu…
Dan cintaku padamu…
Semoga segala pengorbananku…
Akan terbalas akhirnya….
Kerana saya…
MENYAYANGI AWAK…

No comments: